<body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>





Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H



hermmm... lama aku tinggalkan blog ni kan~??
aku bukan kemana-mana pun
cuma aku merajuk dan bawak diri jauh dari sini
teeheehee... merajuk lar tu konon

walaupon aku dah jarang menulis
tapi aku selalu jenguk blog kesayangan aku ni tau
almaklum lar banyak kenangan masam2 manis
yang aku tinggalkan kat sini
sebenarnya aku rindu kat kawan2 blogger semua

ek, sebelum aku terlupa..
nak ucapkan "selamat pengantin baru kat 21"
maaf tak dapat datang majlis sebab ada hal skit

semoga tahun baru ini
membawa penuh berkah buat kita semua
dalam segi hidup, rezki dan keluarga
semoga Allah memperkenankan doa kita
dan menerima kita sebagai hambanya

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan...

SELAMAT TAHUN BARU MAAL HIJRAH
KEPADA SEMUA KENGKAWAN BLOGGER

muah.. muahhhh~!!


kuncup shed tears at 11:39 am

Comments (5)

Image hosted by Photobucket.com


Monday, September 01, 2008

Ramadan Big Sales



bila tiba bulan Puasa
pertama sekali yang terlintas dalam otak ialah
makanan.. makanan.. dan makanan..
kemudian berbuka dan sahur
teeheehee...

kedua...
kesusahan, dapar dan dahaga
spirituality - jangan buat dosa
berkumpul dengan keluarga / kawan2
solat tarawih dan al quran

ketiga...
sopping2 baju raya, yeyehh...
lebih2 lagi kalau ada sales
cakap pasal sales mesti
terbeliak mata abg Bobooi
teeheehee..

kalau ada sales siapa yang nak lepaskan peluang kan~??
ini ada sales terbesar, jangan lepaskan peluang ini~!!!
setahun hanya sekali... cepat, cepat.. jangan ketinggalan

* offer pahala tiada tandingannya...
* amalan sunat dapat reward sebagai amalan fardu (wajib)...
* amalan wajib pula dilipat kali gandakan...
* rebutlah rahmat Allah disepertiga bulan Ramadhan yang pertama...
* raihlah ampunan Allah disepertiga bulan Ramadhan yang kedua...
* carilah pembebasan dari siksa neraka disepertiga bulan Ramadhan yang terakhir..
* nantikan bonus dan cabutan bertuah - Lailatul Qadar...
* dapatkan hadiah utama berupa ampunan atas seluruh dosa yang lalu...

bulan Ramadhan selalu dikaitkan dengan bulan Al Quran
bukan Bulan dipagar bintang ek...
kerana pada bulan Ramadhan lah Al Quran diturunkan
macam mana nak khatamkan Al Quran dalam sebulan~??
supaya kita dapat meraih sebanyak-banyak pahala...

kira punya kira...
cara paling mudah untuk khatamkan Al Quran dalam sebulan
ialah membaca empat atau lima muka surat selepas setiap solat fardu
atau dua-puluh muka surat dalam sehari...
insyaAllah, kalau konsistent..
boleh khatamkan Al Quran dalam sebulan

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...


kuncup shed tears at 09:38 pm

Comments (3)

Image hosted by Photobucket.com


Sunday, August 31, 2008

Janji Tetap Janji



sungguh...
aku tidak tahu dimanakah silapnya
sehingga sering aku disakiti
walau apapun alasan yang diberi
aku sudah tidak berminat mendengar lagi 
perkara itu dah lama terkubur
tak guna diungkit-ungkit lagi

aku bersyukur...
selama ini aku bahagia
amat bahagia bersama si dia
buah hati intan payung gunung berapi
sehingga aku terleka... ada yang iri hati
tak pernah tercalit setitik dendam dihati ini
sesungguhnya tuhan lebih mengetahui

janji ku kepada sesaorang
untuk mengantikan entry usang ini
kini telah pun ku tunaikan dan tepati
bukan kerana takot atau pun gentar
tetapi aku seorang pecinta kedamaian
bukan bani israel peruntuh keamanan

harapan ku dimasa hadapan
moga tiada yang menganggu ku lagi
dengan kata2 penuh dusta lagi hina
mengotori ruang komentar teman2 setia
kerana yang mulia tetap mulia....


kuncup shed tears at 01:59 pm

Comments (3)

Image hosted by Photobucket.com


Sunday, January 20, 2008

Aku Dan Hadiah Tahun Baru Dari Meen




pertama...
aku nak ucapkan ribuan terima kaseh pada meen
kerana telah menghadiahkan aku tag ni, muahahaaa..
hadiah tahun baru kata dia... siap kau meen~!!!
tapi sori lar sebab terlambat sikit buat tag ni ya
bZZzzzzi sangat kita awal tahun ni....

1)  What is your favourite firman~??
Dan tiadalah kehidupan dunia ini,
selain dari main-main dan senda gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Maka tidakkah kamu memahaminya?
Al-An'am, ayat 32

2)  What would you do if you happen to bump into your ex-bf at the mall~??
nothing~!!!  tapi kalau dia sapa, aku akan jawab.
aku bukan jenis suka simpan2 dendam, buat sakit hati sendiri jer...

3)  If you have the chance, what would you probably say to your beloved one~?
i want you to know, i'll always love you...



4)  If you were to be stranded on a desert island,
who are the 3 blog buddies you would take with you~??
1)  intan payung gunung berapi
2)  budak jawa
3)  pinkellie-kelly

5)  Where is the place that you want to go most~??
kat situ - surrounded by flora n fauna
don't you break your promise okey...

6)  If you can have 1 dream to come true, what would it be~??
to be an international dot.. dot.. dot...
ermmm.... boleh ke~??

7)  Till now, what is the moment that you regret the most~??
so far, macam takde jer
sebab apa pun kedukaan yang aku alami
selalunya aku jadikan satu pelajaran atau peringatan.


8)  What are you afraid to lose the most~??
mengingati tuhan,  sebab kalau kita lupa nak ingat tuhan
nanti tuhan pun lupa pada kita....

9)  If you win $1 million, what would you do~??
selalunya orang mesti cakap nak derma anak yatim, nak sedekah
but i'll be more practical and realistic
i'll devide the money into 4 and give half to my parent
quarter to my siblings and quarter for myself and ehem2...

10) If you meet someone that you love, would you confess to him/her~??
Or would you keep it to youself and observe from afar~??
i like to confess my luv to him
but sometime luv can be felt even without you expressng it...

11) List out 3 good points of the person who tagged you.
- Meen
1)  She is pretty and smart
2)  She is a cheerful, happy and a positive person
3)  She is a good cook too~!!



12)  What are the requirements that you wish from your other half~??
1)  yang beragama, tahu menjaga maruah bangsa dan agama
2)  bijak, ada kelulusan universiti
3)  ada pekerjaan yang tetap
4)  must be tall and at least be 3 years older than me
5)  not necessarily handsome, tapi manis...
6)  yang ada driving license
ek... demanding nya aku~!!! cukup ar tu eh...

13) Which type of person do you hate the most~??
yang menghasut sehingga memecah belahkan sesama saudara islam
sebab orang macam ni tak cium bau syurga, nauzubillah...

14) What is the thing that will make you think he/she is bad~??
i don't judge a book by its cover, and that's include 1st impression
because we won't know a person until we get to know them
i judge a person by their good words and their good deed
because these 2 things comes from the heart
orang yang suka ingat mengingati tentang kebaikan
bukan yang suka mengadu domba untuk kepenting diri

15) Christmas is coming, who do you like to celebrate with~??
well, Christmas is definitely over when i type this
anyway, Christmas is just another holiday for me to be with my family



16) If you could do one thing different in life, what would it be~??
er.. err....  ada lar..

17) Are you a shopaholic or no~??
Nope...

18) Which actress or actors you would like to be~??
i luv to be myself, but he said i look like LANA LANG, teeheehee...

19) It would be 2008 in a few days, do you have a new year's resolution~??
dah masuk 2008 pun.  ada banyak azam... malas ar nak tulis

20) Do you have any plans for tomorrow~??
ingat nak pegi swimming arr...
jom.. siapa nak join~??? blusshhhhh~!!!


kuncup shed tears at 03:19 pm

Comments (9)

Image hosted by Photobucket.com


Wednesday, January 09, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru 1429 Hijrah



sempena Maal Hijrah 1429 Hijrah...
kuncup mengucapkan selamat menyambut tahun baru *Muharam*
semoga Allah memberikan kesejahteraan, kedamaian dan
kecemerlangan kepada semua umat Islam sedunia...

* jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun
sila klik di sini untuk doa akhir tahun 1428 Hijrah &
doa awal tahun 1429 Hijrah


kuncup shed tears at 03:22 pm

Comments (5)

Image hosted by Photobucket.com


Thursday, December 20, 2007

Cerpen - Pernahkah Anda Terfikir

apakah benar manusia memandang pada rupa~??
yang cantik dipuji dan yang buruk dikeji..

bagi aku yang buruk itu bukannya paras rupa
tapi yang buruk itu adalah akhlak kita...
iri hati, busuk hati, dengki, penghasut, buruk sangka
itu lar seburuk-buruk manusia....



pernah kah kita bersyukur kepada tuhan dilahirkan sempurna~??
pernah kah kita melihat jari-jemari tangan dan kaki kita
dan bersyukur kepada tuhan~??



pernah kah kita terfikir, apakah perasaannya jika dilahirkan cacat
adakah kah kita akan menyalahkan tuhan~??



budak perempuan cina ni walau pun dilahirkan cacat tapi pandai
tetapi kerana kecacatannya tempoh kerjanya akan berakhir Jan 08
wuargghhhh~!!! sedihnya...

masa ikut aku buat kerja kat luar opis
aku ajak dia mengular jap, belanja dia minum
dia mintak aku kertas kata nak tulis sesuatu
kebetulan dalam file aku ada banyak kertas kaler pink
(*dah jangkit meen lar ni.. pink, pink, pink.. hahaa)
pastu aku tinggalkan dia kejap, pergi tandas...


(*surat ni aku suruh disalin semula,
sebab yang memula tu dia tarok nama sebenar aku, teeheehee..)

balik dari tandas dia senyum2 kat aku sambil hulur kertas tu
terharunya aku baca surat tu
dia kata jangan tunjuk orang surat tu..
dia kata, "will you keep it~??"
aku kata, "offcoz.. i'll keep it"

ps: ada ke patut dia kata aku playful~?? ermm...


kuncup shed tears at 12:43 pm

Comments (14)

Image hosted by Photobucket.com


Next Page

eXTReMe Tracker